Monday, January 12, 2009

Sekitar Demontrasi Anti Israel di UMS Kampus Labuan

Jumaat, 9 Januari 2009, Labuan : Bergema kuat di bumi kepulauan Labuan. Perhimpunan Aman Palestin ini diadakan di hadapan Masjid al-Hikmah Kampus Antarabangsa Labuan. Perhimpunan aman Palestin yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah kerana diatas kesedaran yang wujud di dalam diri mahasiswa UMSKAL.
Perhimpunan aman ini adalah cetusan idea daripada Badan Dakwah dan Kerohanian yang diajukan kepada presiden KAL saudara Abdillah Mat Lin dan juga persatuan - persatuan lain dengan mendapat sokongan penuh daripada semua persatuan yang wujud di sini.

Pada awalnya cadangan perhimpunan ini akan berlangsung hinggah ke luar kampus supaya turut menyedarkan masyarakat Labuan akan perlunya kita menentang Israel dan sekutu-sekutunya. Kawasan sasarannya, adalah kawasan perkampungan yang berhampiran antaranya kg.sungai miri dan sungai pagar.Namun perancangan itu dibatalkan oleh encik Zamri atas sebab -sebab yang kurang munasabah yakni faktor keselamatan.

Perhimpunan aman ini juga telah menyediakan dua buah tabung untuk membantu masyarakat palestin yang memerlukan bantuan, bukan sahaja dalam bentuk bantuan ketenteraan, ubat-ubatan, bahkan kewangan juga amat perlu. Pada perkiraan awal hasil wang yang terkumpul sebanyak RM 2137.50 dapat diperolehi dan wang tersebut akan di serahkan kepada wakil Yayasan Amal malaysia pada hari Khamis minggu hadapan.
Walaupun perhimpunan tersebut tidak berjaya menyedarkan banyak pihak, dan kurang mendapat sambutan. Namun usaha yang kecil ini insyaAllah menjadi bukti, bahwa kita juga tidak menyokong dan mengutuk serangan israel di bumi Palestin, daripada hanya duduk terperuk di bilik membelek-belek buku tanpa berbuat apa-apa.
Kesimpulannya, di dalam kita sibuk mengatur perancangan hidup jangan kita lupa ada musuh yang sedang menghancurkannya. Di dalam kita lalai bergelak ketawa ada jasad kita yang merintih memerhatikannya. Siapakah jasad itu? Diri yang membela akidah mereka.

No comments: