Tuesday, January 20, 2009

Sujud Di Hadapan di DTC UM Akhirnya Membuahkan Kemenangan

Pemandangan sekitar perarakan menyambut ambang kemenangan Pro-Mahasiswa UM. Perarakan ini telah disertai oleh hampir kesemua aktivis mahasiswa Islam di seluruh IPT Lembah Klang.





MT Gamis, saudara Redhuan Bakar
melaporkan kemenangan 9 calon Pro-M di UIAM

Mahasiswi terus menjadi entiti teramai Pro-M


Naib Presiden GAMIS, saudara Hilmi Qusairy mengucapkan jutaan terima kasih seluruh ahli-ahli GAMIS yang telah hadir untuk menyatakan komitmen padu mereka kepada kebangkitan semula politik gerakan mahasiswa Islam di UM.

Saudara Hilmi Qusairi mewakili Gamis

Setiausaha Agong GAMIS yang turut ditemui oleh krew Gamis Daily pada malam 19 Januari tersebut juga sempat menyatakan : "Pada saat ini, kita berhimpun di sini bukan sekadar mahu meraikan kemenangan 7 calon Pro-M di UPSI tahun lepas, bukan sekadar mahu meraikan kemenangan 13 calon kita yang menang di UKM, 3 orang nun jauh di USM sana, 10 orang nun jauh di UTM, dan terbaru 9 orang di UIAM dan 13 orang kita di UPM, tetapi juga meraikan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin. Israel telah dimalukan oleh HAMAS apabila terpaksa mengaku kalah dalam kempen kejahatan mereka pada Gaza, mereka boleh membunuh 2 pimpinan besar HAMAS, tetapi mereka gagal sama sekali menghapus keseluruhan jentera gempur ketumbukan dan kerajaan HAMAS."

No comments: